bagaimana langkah langkah memasang mainboard??
Bahasa lain
Berlyaarsalmal
Pertanyaan
bagaimana langkah langkah memasang mainboard??
1 Jawaban
-
1. Jawaban Anonyme
1. Kenal pasti lokasi rear panel cover. Pasang rear panel cover dari dalam casing. Gunakan test pen atau screw driver minus bersaiz kecil untuk memasang rear panel cover.
2. Kenalpasti lokasi stud dan lubang untuk dimasukkan screw motherboard.
3. Masukkan motherboard dengan cara memasukkan motherboard ke dalam rear panel cover terlebih dahulu. Berhati-hati supaya tiada komponen motherboad yang patah/rosak dengan cara memegang bahagian tepi casing sahaja.
4. Gerakkan motherboard ke arah lokasi lubang screw yang betul.
5. Screw motherboard dengan menggunakan screw driver dan jenis screw yang betul. Untuk memudahkan kerja, sila screw mengikut susunan yang bertentangan terlebih dahulu (seperti memasang roda kereta), kemudian baru ketatkan semua screw.
6. Pastikan screw yang dipasang tidak longgar supaya motherboard tidak tertanggal. Pastikan juga screw yang dipasang tidak terlalu ketat supaya tidak merosakkan/memecahkan motherboard.
7. Motherboard telah siap dipasang. Periksa semula bagi memastikan tiada kesilapan dilakukan.